CARTA ORGANISASI BENGKEL

Carta Organisasi Bengkel Kemahiran Hidup perlu dipaparkan di dalam bengkel. Ruang yang sesuai adalah di bahagian hadapan bengkel agar semua murid dapat melihat atau merujuk carta tersebut.

HASIL KERJA MURID

Hasil kerja murid sesuai untuk dipamerkan di ruang pameran. Ruang pameran bukan semestinya memerlukan ruang yang besar tetapi memadai ruang yang kecil asalkan mudah dilihat dan aspek keselamatan tidak diabaikan.

PAPAN KENYATAAN

Segala maklumat atau bahan-bahan P&P boleh dipaparka dipapan kenyataan untuk memudahkan murid menjadikannya sebagai rujukan. Kad-kad kerja mengenai projek atau hasil kerja tangan murid juga sesuai dipaparkan di sini. Papan kenyataan ini perlu dikemaskini sentiasa dan bahan-bahan yang dipaparkan adalah bahan yang terkini. Papan kenyataan sesuaidiletakkan di ruang bahagian hadapan atau belakang bengkel. Ia sepatutnya tidak diletakkan di ruang tingkap sehingga menutupi keseluruhan ruang tingkap. Keadaan ini akan menjejaskan peredaran udara dan pencahayaan dalam bengkel.

LAPORAN PERTANDINGAN KH 2009

Pertandingan Reka Cipta peringkat daerah Johor Bahru telah berjaya diadakan pada 25 April 2009 bermula jam 8.00 pagi. Setiap zon telah menghantar 2 pasukan di mana setiap pasukan dianggotai oleh 4 orang murid tahap 2. Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah ;
a) SK Damai Jaya
b) SK Morni Pok
c) SK Tanjung Puteri
d) SJK(c) Foon Yew 3
e) SJK(c) Foon Yew 2
f) SK Taman Tun Aminah 1
g) SK Impian Emas
h) SK Impian Emas

JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah JB
Pengerusi : En. Mohamed Noor b. Basiron (GB SK Tmn Perling)
N/Pengerusi : Tn. Hj. Aziz b. Mahmood (GPK 1 SK Tmn Perling)
Setiausaha : En. Mohd Bahri b. Suwardi
N/Setiausaha : En. Mohd Fadlie b. Mohd Yusof
Bendahari : Puan Ummi Kalthum bt. Ibrahim

J/K Jemputan / Sambutan
En. Mohd Noor b. Basiron (GB SK T.Perling)
Tn. Hj. Aziz b. Mahmood (GPK 1 SK T.Perling) Pengerusi-pengerusi Zon

J/K Buku Program
En. Mohd Bahri b. Suwardi (SK Perling)
Pn. Fadzilah bt. Omar (SK Morni Pok)

J/K Siaraya
En Fauzi b. Che Ngah (SK Perling)
En. Muhamad Fauzi b. Arshad (SK Sg. Melayu)

J/K Pendaftaran
Cik Norliyana bt. Mohd Kasim (SK Perling 3)
Pn Rasidah bt Khamis (SK Skudai Bt.10)
Pn. Ummi Kalthum bt. Ibrahim (SK Perling)

Juruacara
En Mohd Fadlie b Mohd Yusof (SK Perling)

J/K Pengambaran
En Asyakirin b Asrak (SK Impian Emas)
En. Hairunizam (SK Perling)

J/K Keselamatan
En. Mohd Azzual . Razali (SK Skudai Baru)
Pengawal Keselamatan SK Tmn. Perling

J/K Kebersihan
En. Azizi b. Md Jaafar (SK Tampoi Utama)
Pengakap SK Perling

J/K Persiapan Tempat / Backdrop
Pn Wan Herawati (SK Perling)
En. Fadlie b. Mohd Yusof (SK Perling)
En.Othman b.Mahmood
En Omar b. Rahim

Bacaan Doa
Ust Mohd Hafidz b Subahir (SK Perling)

JK Jamuan
Cik Sauyah bt. Kawi (SK Perling)
Pn. Salina bt. Ishak (SK Bkt. Kempas)
Pn. Thurayya bt. Hj Othman (SK Damai Jaya)

JK Hadiah & Sijil
Pn. Ummi Kalthom bt. Ibrahim (SK Perling)
Cik Norliyana bt. Mohd Kasim (SK Perling 3)
Pn Rasidah bt Khamis (SK Skudai Bt.10)

JK Pengadil
En Che Kamarudin b. Che Zin (STAR 1)
Tn. Haji yahya b. Apandy (SK Ngee Heng)
En. Muhamad Fauzi b. Arshad (SK Sg. Melayu)


PERBELANJAAN

A) Perbelanjaan :
- Piala Murid - RM 8.00 X 12 orang = RM 96.00
- Pengadil - RM 15.00 X 4 orang = RM 60.00
- Jamuan murid - RM 2.50 X 32 orang = RM 80.00
- Jamuan VIP/Urusetia - RM 3.50 X 20 orang = RM 70.00
- Jamuan Guru Pengiring - RM 3.50 X 8 orang = RM 28.00
- Cenderamata Perasmi - RM 20.00 X 1 orang = RM 20.00
- Runcit = RM 46.00
Jumlah = RM 400.00

B) Pendapatan :
- Kutipan daripada setiap zon - RM 100.00 X 4 Zon = RM 400.00

C) Sijil Penyertaan dan Penghargaan
- Sijil Penyertaan (utk. peserta) = 32 keping
- Sijil Penghargaan (utk pengadil dan urusetia) = 20 keping


ATURCARA PERTANDINGAN

8.00 am - Pendaftaran Peserta

8.30 am - Taklimat Peserta
oleh Ketua Hakim

8.45 am - Pertandingan dimulakan

11.00 am - Jamuan

11.30 am - Penyampaian Hadiah

12.00 tgh. - Perasmian Penutup


KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Johan - SK Taman Perling
N/Johan - SK Taman Impian Emas
Ke Tiga - SK Taman Tun Aminah

Pasukan dari SK Taman Perling akan mewakili daerah JB ke Karnival Teknik dan Vokasional Peringkat Negeri Johor di SMK Dato Penggawa Barat Pontian pada 29 dan 30 Mei 2009.


JAWATANKUASA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP DAERAH JOHOR BAHRU 2009 MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN PERTANDINGAN INI.

;;