Panatia Kemahiran Hidup Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pedagogi untuk guru-guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Maklumat tentang kursus tersebut adalah seperti di bawah;
Tarikh : 16 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Seni SK Temenggong Abd. Rahman 1, JB
Sasaran : Guru-guru bukan opsyen KHSR
Peserta : 44 orang


SENARAI NAMA PESERTA
1 SK TANJUNG PUTERI - ANWAR BIN YAHYA
2 SK TANJUNG PUTERI - SITI AISHAH BINTI HARUN
3 SK KG. MAJU JAYA -EZIHAN BIN ZAINAL
4 SK TEBRAU BAKAR BATU - MALIKAN BIN AB RAHMAN
5 SK SIKIJANG UMI NAZRAH BINTI ZAKARIA
6 SK KEMPAS - ZALINA BINTI ISMAIL
7 SK KEMPAS - SUHANI BINTI MISNI
8 SK KAMPUNG PULAI - MOHD YUSNI B MOHD BAKRI
9 SK SRI AMAR - CIK FADZILAH BINTI ABU BAKAR
10 SK NONG CHIK - PN. NORYUSIDA BINTI MAT NOR
11 SK TAMAN PELANGI - MOHD SHAMSUL BIN IBRAHIM
12 SK BANDAR UDA 2 - SUZANA BINTI DAUD
13 SK TAMAN SURIA - ZAKIAH BINTI MD RADZI
14 SK TAMAN SURIA - RIZKIYAH BINTI MASKUR
15 SK TAMAN SURIA AHMAD -RUJHAN BIN IBRAHIM
16 SK PERUMAHAN TAMPOI 2 - ARIEF SHATRIA
17 SK TAMAN CEMPAKA - FREDOLIN NOOR
18 SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR - NOOR HAFIZAN BIN ADAM
19 SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR - AZREEN NUR BINTI ZAINAL
20 SK TAMAN ANGGERIK - AZNIDA BINTI ARIBEE
21 SK TAMAN BUKIT MEWAH - MARZUIN BINTI ABD. HAMID
22 SK TAMAN NUSA PERINTIS - AZLINAH BINTI KAMSIN
23 SK TAMAN IMPIAN EMAS - ZAINUDIN BIN EMBONG
24 SK TAMAN BUKIT INDAH - MOHD ZAKY BIN MOHD ASARI
25 SK BUKIT MUTIARA - NOOREEN BTE MOHD ESA
26 SK TAMAN TAMPOI UTAMA - ANUAR BIN CHE MI
27 SK TMN. MUTIARA RINI 2 - NOORASILAWATI BT MAT NOOR
28 SK LARKIN 2 - NURSYAHANI BT IBRAHIM
29 SK INFANT JESUS CON. - MOHD FAIRUL AZHAR BIN AHMAD
30 SJK(C) FOON YEW 1 - YEO YAW SHENG
31 SJK(C) FOON YEW 2 - NG TIAN HOCK
32 SJK(C) KUO KUANG 2 - PANG JUNG HUNG
33 SJK(T) GELANG PATAH - MOGAN A/L VEERAN
34 SK PEN KHAS PRIN. ELIZ. - SYAMILAH BT SHAMSUDDIN
35 SK PEN KHAS PRIN. ELIZ. - WAN M. DANIAL BIN WAN MOKHTAR
36 SJK(C) PU SZE - KONG SIEW JEN
37 SJK(C) MING CHIH - LIEW SOONG YEN
38 SK TAMAN TAMPOI UTAMA - MAZURIN BIN MD MUHSIN
39 SK SERI KENANGA - MOHD YAZID BIN KAMSARI
40 SJK(C) PU SZE - GOH SENG KUAN
41 SK PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU - MARDIAH BINTI BAIAN
42 SK LADANG PENDAS - SOHAILAH BINTI MUHAMAD
43 SK TAMAN UNIVERSITI 1 - NOORASMA BT MOHD ROSDI
44 SK TMN MUTIARA RINI 1 - MD DAUD BIN MD JANI

FASILITATOR
1 EN. CHE KAMARUDIN BIN CHE MOHD ZIN - STAR 1
2 EN. MOHD BAHRI BIN SUWARDI - SK TAMAN PERLING
3 EN. FAUZI BIN ARSHAD - SK SUNGAI MELAYU
4 PN. FADZILAH BINTI OMAR - SK MORNI POK
5 CIK NORLIYANA BINTI MOHD KASIM - SK TMN. PELING 3

SESI CERAMAH

Antara perisian kursus termasuklah ceramah, pameran contoh projek murid dan alatan tangan, ceramah dan sesi soal jawab. Penceramah adalah terdiri daripada Jurulatih Utama KHSR daerah Johor Bahru. Tajuk-tajuk ceramah yang disampaikan kepada para peserta ialah berkaitan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Harian, Reka Bentuk dan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan dan Pengurusan Bengkel. Semua peserta yang hadir telah dibekalkan dengan bahan-bahan pengajaran berbentuk cetakan dan CD bagi membantu guru dalam pengajaran mata pelajaran KHSR.

PESERTA MENGIKUTI SESI CERAMAH


JAMUAN RINGAN

Jamuan ringan telah diadakan pada jam 10.15 am hingga 10.45 am di kantin SK Temenggong Abdul Rahman 1. Para peserta juga berpeluang melawat Bengkel KH sekolah itu pada waktu rehat bagi mendapatkan gambaran tentang suasana dan susun atur bengkel KHSR.

SUDUT PAMERAN

Ruang pameran juga telah sediakan di mana beberapa peralatan tangan dan contoh-contoh projek murid ditempatkan di situ untuk tontonan para peserta. Matlamatnya adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta kursus tentang proje-projek yang mampu dan wajar diajar kepad murid-murid di sekolah.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh En. Sujak bin Maskan iaitu Penolong Pengarah Unit Teknik dan Vokasional ( Rendah ) JPNJ. Beliau mengharapkan kursus yang telah dihadiri itu dapat membantu guru-guru dalam memartabatkan KHSR. Majlis itu turut dihadiri oleh En. Saliman b. Selamat ( Penolong PPD Unit Teknik dan Vok. - menengah PPDJB ), En. Abd. Aziz How b. Abdullah ( Penolong PPD Unit Teknik dan Vok. - rendah PPDJB dan En. Mohamed Noor b. Basiron selaku Pengerusi Panatia KHSR daerah JB.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan penghargaan kepada fasilitator yang terlibat. Kursus yang berakhir pada jam 1.15 pm itu telah dapat dijalankan dengan jayanya. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.


ALBUM KURSUS



Panitia KHSR Daerah Johor Bahru telah mengadakan mesyuarat kali ke dua bagi sesi persekolahan 2010 pada 25 Ogos 2010 bertempat di SK Taman Perling mulai jam 2.30 hingga 4.15 petang. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh;
1) En. Saliman b. Selamat - Pen. PPD Teknik dan Vok. (M)
2) En. Abd. Aziz Haw b. Abdullah - Pen. PPD Teknik dan Vok. (R)
3) Pn. Rabitah bt. Abd. Ghafar - N/Pengerusi / GPK SK Tmn Perling
4) En. Mohd Bahri b. Suwardi - Setiausaha / SK Taman Perling
5) En. Mohd Fadlie b. Yusof - Naib Setiausaha / SK Taman Perling
6) Pn.Ta'siah Mohd Salleh - Peng. Zon Bandar/GB SK Impian Emas
7) Pn.Hapisah Abd. Majid - Peng. Zon Nusajaya/GB SK Mutiara Rini
8) Pn.Ainon Abd. Ghani - Peng. Zon Skudai/GB SK Sekudai Bt 10
9) En. Che Kamarudin b. Che Mohd Zin - JU / STAR 1
10) En. Yahya b. Apandy - JU / GPK SK Ngee Heng
11) Mohd Nor Zaferi b. Dollah - GC / SK Seri Kenanga
12) Mohd Azizi b. Md Jaafar - JU SK Tmn. Universiti 3
13) Pn. Fadzilah bt. Omar - JU / SK Morni Pok
14) Cik Norliyana bt. Mohamad Kasim - JU / SK Taman Perling 3
15) M.Nulhakim b. Kasbolah - Ketua Panitia KH SK Sekudai Batu 10

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Saliman b. Selamat dari Unit Teknik dan Vokasional PPDJB telah membincangkan dan memutuskan tentang beberapa perkara iaitu;

A) PENARAFAN KENDIRI BENGKEL KHSR
i) Objektif - Mewujudkan bengkel KH yang kondusif dan terurus
ii) Sasaran - Semua bengkel KH sekolah-sekolah daerah JB
iii) Tempoh Pelaksanaan - 2 bulan ( September hingga Oktober )
iv) Kaedah Pelaksanaan
- Pihak sekolah menilai bengkel masing-masing.
- Gunakan instrumen bengkel yang telah ditetapkan
- Hantar markah ke PPD secara online sebelum 17 September 2010
- Online melalui alamat e-PENARAFAN BENGKEL

B) KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEDAGOGI
i) Objektif - Memantapkan P&P guru KH dan pengurusan bengkel
ii) Sasaran - Guru-guru bukan opsyen yang mengajar MP KH
iii) Tempoh Pelaksanaan - 1 hari ( Sabtu - 16 Oktober 2010 )
iv) Kaedah Pelaksanaan
- Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui e-KURSUS KHSR
- Tarikh akhir pendaftaran - Jumaat 8 Oktober 2010
- Penceramah/fasilitator - JU KHSR daerah JB
- Tempat - akan dimaklumkan

C) PERTANDINGAN REKA CIPTA
Pertandingan reka cipta tidak akan dijalankan pada tahun ini.

KHSR JB NAIB JOHAN



Panitia KHSR Daerah Johor Bahru telah menyertai Pertandingan Reka Cipta sempena Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik Vokasional 2009. Pertandingan ini telah diwakili oleh 4 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Perling pada 8 Disember 2009 di UTM Skudai. Keputusannya, kita telah mendapat tempat ke dua manakala johan telah di sandang oleh pasukan dari Muar. Tahniah diucapkan kepada mereka.

;;