Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 katogeri yang berlaku pada KHSR di sesetengah sekolah buat masa ini.
1. Diajar tetapi tidak menghabiskan sukatan pelajaran
2. Tidak diajar semasa di tahun 6
3. Diajar tanpa menjalankan kerja amali
Mengapa ini boleh berlaku….??? Dari pengamatan, ini disebabkan pelbagai masalah atau kekangan. Antara yang dapat saya paparkan ialah;
1. Tiada guru yang berpengalaman atau mahir (guru khsr bertukar setiap tahun)
2. Sekolah tiada bengkel
3. Lebih tumpukan kepada subjek untuk UPSR
4. ……. dan banyak lagi…..
Apakah kesan terhadap situasi ini……???? Mungkin cikgu-cikgu mempunyai pendapat masing-masing. Bagi saya, terlintas difikiran mengapa KPM telah arahkan waktu pembelajaran KHB di sekolah menengah telah dikurangkan dari 4 waktu menjadi 3..?? Rakan-rakan ramai yang mengeluh tidak cukup masa untuk menjalankan P&P, kerana kita ditambahkan lagi dengan kerja kursus untuk PBS. Sebenarnya, masalah itu tidak akan timbul seandainya KHSR dijalankan dengan sepenuhnya. Sepatutnya Guru-guru di sekolah menengah tidak perlu lagi memberi penjelasan yang panjang terhadap sesuatu tajuk. Ini kerana tajuk-tajuk di Sekolah Rendah adalah berkait rapat atau sesetenganya sama dengan KHB sekolah menengah.
Setiap tahun, Panitia KHB bermesyuarat untuk KECEMERLANGAN PMR, pelbagai perkara kita bincang dan membuat pelbagai program… Mungkin kita terlepas pandang tentang apa yang bincangkan…!!!! Jadi siapa yang perlu berubah…..??? Tepuk dada tanya selera
Sekadar berfikir
(luahan guru-guru KHB - Sekolah Menengah)