PAPAN KENYATAAN

Segala maklumat atau bahan-bahan P&P boleh dipaparka dipapan kenyataan untuk memudahkan murid menjadikannya sebagai rujukan. Kad-kad kerja mengenai projek atau hasil kerja tangan murid juga sesuai dipaparkan di sini. Papan kenyataan ini perlu dikemaskini sentiasa dan bahan-bahan yang dipaparkan adalah bahan yang terkini. Papan kenyataan sesuaidiletakkan di ruang bahagian hadapan atau belakang bengkel. Ia sepatutnya tidak diletakkan di ruang tingkap sehingga menutupi keseluruhan ruang tingkap. Keadaan ini akan menjejaskan peredaran udara dan pencahayaan dalam bengkel.

0 Comments:

Post a Comment